Thursday, January 31, 2008

History


Seni Silat Sendeng diasaskan oleh Long Mamat dan seterusnya dikembangkan oleh Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah dengan nama Seni Silat Sendeng Muar. Dibawah kepimpinan beliau perguruan ini dikenali sebagai Seni Silat Muar yang berpusat di Sungai Mati, Muar, Johor Darul Takzim. Sekembalinya beliau ke rahmatullah pada 19 Mei 1990, adinda beliau Allahyarham Haji Ismail bin Haji Hamzah telah dipilih untuk mengetuai perguruan ini sebagai ‘Guru Utama.’ Pada 11 Julai 1992, Seni Silat ini telah didaftarkan atas nama ‘Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia’ dengan gabungan 7 buah cawangan negeri iaitu Johor, Melaka, Pahang, Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan N.Sembilan. Terdapat lebih kurang 42 gelanggang di seluruh negara yang dikendalikan oleh jurulatih yang bertauliah seramai 48 orang. Keseluruhan jumlah ahlinya yang berdaftar adalah seramai 2,240 orang.
-
Silat Sendeng founded by Allahyarham Long Mamat and expanded by Allahyarham Haji Hamid bin Haji Hamzah, named this silat by Seni Silat Sendeng Muar. First center under Allahyarham Haji Hamid is born at Sungai Mati, Muar, Johor Darul Takzim. After Allahyarham Haji Hamid past away on 19 May 1990, his younger brother, Allahyarham Haji Ismail bin Haji Hamzah was choosen to lead Seni Silat Sendeng and replaced as ‘Guru Utama’ (Grandmaster). On 11 July 1992, Seni Silat Sendeng Muar was register by the name ‘Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia’ with combining 7 branch of country like Johor, Melaka, Pahang, Perak, Kuala Lumpur, Selangor and Negeri Sembilan. Now, Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia has 42 training center in Malaysia and was born at lease 48 an expert instructor. Totally all members join or register to learn Seni Silat Sendeng is 2,240 members.
-

Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia terus berkembang negeri seperti Kelantan, Sabah dan Labuan dibawah beliau dan pelbagai pembaharuan idea telah tercetus. Setelah melibatkan diri dalam program wajadiri anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pertubuhan telah menganjurkan banyak aktiviti riadah dan pertandingan. Antara pertandingan yang pernah disertai ialah Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan, aktiviti budaya anjuran KBS dan menganjurkan aktiviti dibawah PSSSM seperti Sendeng Full Contact.
-
Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia (PSSSM) developed another training center at Kelantan, Sabah and Labuan. Under Allahyarham Haji Ismail leadership many things change and blaze like ideas and management. Every year PSSSM joins Wajadiri Programme organized by Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia like matial art event, course, physical and charity activity. PSSSM are almost make appearence at ‘Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan’ (National Martial Art Tournement) every year. PSSSM also makes a own tournament or event like Sendeng Full Contact (Sendeng Sparring), Silat Seni and other activity physical also charity.
-
Setelah berkhidmat dan mengabdikan diri dalam PSSSM allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada 22 Mac 2002. Tempatnya pula diamanahkan kepada Guru Utama yang seterusnya setelah dipilih oleh ahli majlis dan persetujuan semua ahli-ahli PSSSM, Haji Ismail bin Haji Sa’din atau di kenali Tok Sidang untuk menerajui PSSSM dari tahun 2002 hingga kini.
-
After 10 years serve to PSSSM, Allahyarham was past away on 22 March 2002. Now, Haji Ismail bin Haji Sa’din be selected and agree by all senior members as the new ‘Guru Utama’ (Grandmaster) from 2002 until now.
-
AL-FATIHAH buat semua guru-guru yang mengembangkan ilmu persilatan ini. - AMIN
AL-FATIHAH to all master because developed PSSSM until today - AMIN
-

Genealogy


'click on pictures for big size'
-

Meaning of Sendeng


1) Seni / Art
Ianya mengandungi erti dan falsafah yang tersendiri. ‘Seni’ membawa erti kehalusan atau kelembutan gerak atau langkah yang tersusun rapi ketika menggayakan atau melakukan sesuatu pergerakkan jasmani.
-
’Seni’ or Art, it is have contain of meaning and philosophy to bring softly movement or step with clean or natty arrangement to act or to do a carnal movement.

2) Silat
Bererti ketangkasan pergerakkan jasmani ketika mempertahankan diri atau menyerang sama ada dengan tangan kosong atau bersenjata.
-
Means skillful in carnal movement when to defend himself or attack using arm or with weapon.

3) Sendeng
Merupakan adunan teknik pukulan dan taktik mengelak atau menyerang dengan berposisikan mengiring atau menyendeng.
-
Is dough all striking technics and parry, dodge or attacking tactics by ‘miring’ or ‘sendeng’ – awry or amiss, that means position in one side.
-
Pengertian dan Falsafah Sendeng Amat luas dari segi ilmiah, jasmaniah mahupun rohaniah. Sendeng dari segi ilmiahnya ialah gabungan dua sukukata perkataan yang dicantumkan iaitu ‘Sen’ dari perkataan ‘Senggam’ yang bermaksud kukuh, kuat dan rapi. Manakala ‘Deng’ berasal dari perkataan ‘Dinding’ bererti tempat bertahan, tembok atau tempat perlindungan. Maka apabila dicantumkan ia membawa erti maksud ‘kedudukan atau tempat perlindungan yang kukuh dan selamat.’
-
Big meanings in knowledge, flesh even spritual. Sendeng in knowlegde mean combination two units of word is ’Sen’ from word ‘Senggam’ give a meaning strong, secure and natty. While word ‘Deng’ was taken from word of ‘Dinding’ means place to defend, wall or safety position. From here when combine two words Sendeng is meaning ‘Position or safety, secure and strong in knowledge angle’.
-

Logo and Motto


-
Rangkai kata / Words - ‘SENI SILAT SENDENG’
Pemakaian rangkai kata ‘SENI SILAT SENDENG’ yang diabadikan kepada perguruan ini adalah memperlambangkan ciri-ciri pembelajaran yang terkandung didalamnya.
-
Using word 'SENI SILAT SENDENG’ has meaning to Sendeng School because it is a image and characteristic inside the lesson.
-
Ciri utama atau teras yang menunjangi pembelajaran ini ialah SENDENG, kerana setiap pergerakan dan penggayaan yang di aksikan baik seni tari, seni permainan alat silat dan seni mempertahankan diri dipraktikkan secarang menyendeng atau miring. Inilah sebabnya perguruan ini dinamakan ‘SENI SILAT SENDENG’. Berbentuk bulat dan ditengah-tengahnya terdapat sebilah keris bersarung dan diapit dengan pelbagai jenis peralatan silat yang digrafikkan secara simbolik dan simitrikal serta dikelilingi dengan rangkai kata ‘Seni Silat Sendeng Malaysia’ berwarna putih dan berlatarbelakangkan warna hitam. Putih bererti KESUCIAN dan Hitam bermaksud KEASLIAN.
-
Main characteristic or core subject to learn Silat Sendeng is SENDENG, because every movement and action show up even in ‘seni tari’ (dance of silat), play weapon of silat and principal in self defense are practical in ‘menyendeng’ or ‘miring’- position one side (slice). That's why this silat was name ‘SENI SILAT SENDENG’. PSSSM design our logo in circle black colour background and graphic a keris in centre of logo. The keris was squeeze between another weapon in symbolical and symitrical visualized also was surround words ‘Seni Silat Sendeng Malaysia with white colour. White is CHASTITY or CLEANLINESS and black is ORIGINAL or NATURAL
-
Cogankata / Motto
SENDENG – PUSAKA WARISAN BANGSA DAN NEGARA.
-
Motto / Thematic
SENDENG – HERITAGE LEGACY NATION AND COUNTRY
-

Lesson of Sendeng


Pada umumnya 2 jenis pembelajaran yang terkandung dalam Seni Silat Sendeng iaitu falsafah atau kata-kata silat dan pelajaran silat. Falsafah atau kata-kata silat yang terdapat persilatan ini merupakan warisan turun temurun dari guru-guru silat. Ia dianggap tahap ilmu tertinggi mengandungi pengertian dan maksud yang mendalam yang terselindung didalam setiap pergerakan silat yang dilakukan.
-
A General lesson of PSSSM has two characteristic, firstly is philosophy or words of silat and second is silat lesson. Philosophy or words of silat inside our silat is heritage from older master of silat. Words of silat, practitioner believe it is a highest level including teori and logic practical also have hiding meaning for every perform of silat movement.
-
Pembelajaran silat terbahagi kepada 3 peringkat iaitu Peringkat Asas, Pertengahan dan Kemahiran dan Peringkat Kejurulatihan. Peringkat pembelajaran ini merangkumi 3 aspek pelajaran utama iaitu seni, buang pukul dan permainan alatan silat. Ketiga-tiga jenis pelajaran ini mempunyai kaedah serta corak pembelajaran yang berbeza namun hakikatnya ia serupa dari segi tujuan dan matlamatnya kerana pesilat-pesilat dikehendaki menguasai ketiga-tiganya bagi membolehkan mereka diiktiraf sebagai jurulatih atau tenaga pengajar.
-
Lesson of silat are separated in three part, basic level, middle level, skill and instructor level. In this level, it was separated in three core subject like seni (art), buang pukul and play silat weapon. Three of this lesson have a different style but still has same objective and angle because a practitioner must expert in three lesson if want to become as instructor or coach.
-
Silat Sendeng berbeza dari segi konsepnya dimana ia tidak menanti serangan sebaliknya mendahului serangan. Sungguhpun begitu serangan atau pukulan yang ditujukan berpandukan kepada falsafah ‘tumbuk sendeng itu tidak dapat dilihat atau ditangkap oleh musuh tetapi ia mengenai pada sasaran dan menyakitkan atau mencederakan’.
-
Silat Sendeng different in concepts, it not waiting any attacking besides that, it’s intercept attacking. In genuine, every attacking or striking was using following once philosophy ‘Sendeng punch cannot see or catch but if strike on target it will give damage to opponent’.
-
Silat Sendeng berteraskan pada tendangan dan tumbukan yang pantas dan padu.
-
Silat Sendeng concept based on speed and powerful kicking or punch.

Lesson of Concept


1) Membentuk seni membina diri atau pembentukan peribadi yang bertaqwa, berdisplin dan bertindak berlandaskan pertimbangan wajar serta tenang (senang) selaras dengan lunas-lunas Islam.
Build personal personality - 'taqwa', dicipline and make any decision follow islamic guidelines always right and patient
-
2) Menjalinkan ‘silaturrahim’ iaitu hubungan antara sesama insan.
Make 'silaturrahim' and connections with any race or religion
-
3) Mempertahankan maruah budaya bangsa.
Defend self respect nation heritage
-
4) Menghormati budaya persialatan Melayu dan seni beladiri yang lain.
respect all malay silat culture and the other martial art
-

Level of Sendeng

SUKATAN RINGKAS TAHAP @ PERINGKAT PSSSM
Peringkat Asas /
Basic Level
1. Tahap Asas Pertama (Hijau 1) / 1st Basic Level (Green 1)


2. Tahap Asas Kedua (Hijau 2) / 2nd Basic Level (Green 2)


3. Tahap Asas Ketiga (Hijau 3) / 3rd Basic Level (Green 3)


Peringkat Pertengahan dan Penolong Jurulatih / Middle Level and Asst. Instructor Level
1. Tahap Penolong Jurulatih 2 (Kuning 1) /Asst. Instructor Level 2 (Yellow 1)


2. Tahap Penolong Jurulatih 1 (Kuning 2) /Asst. Instructor Level 1 (Yellow 2)


Peringkat Kemahiran dan Peringkat Kejurulatihan / Expert and Instructor Level
1. Tahap Jurulatih (Hitam 1-7) / Instructor Level (Black 1-7)



2. Tahap Ketua Jurulatih Kebangsaan / National Instructor Leader Level
-

Philosophy of Sendeng


Antara pesanan & adab belajar pernah disimpulkan oleh allahyarham Haji Hamid (Allahyarham Haji Hamid request to Sendeng pratitioner :)

1) “Kalau menuntut hendakkan berkat, biarlah timba mencari perigi bukannya perigi mencari timba. Kerana setinggi manapun ilmunya tetapi tiada berkat, ibarat keris yang tidak berbisa, kalau kena pun tidak memberi mudarat.”
-“If you want get a benefit what do you learn, let's bucket find well, not well find bucket. That means, how many highest knowlegde you learn but it not benefit, it same like your weapon (keris) not painful, if inncurred someone it not harmful to somebody."
-
2) “Orang yang berakal itu akan berfikir ketika diam dan orang yang berfikir itu akan ingat sampai bila-bila.”
-“Wise man using his mind when in silence and man using always thinking is always remember what they learn.”
-
3) “Belajar dengan tidak berfikir adalah bahaya dan berfikir tanpa belajar akan kecundanglah kita.”
-“Learning without think is danger and thinking without learning you already to lose.”
-
4) “Biar pahit di gelanggang tetapi manis di luar gelanggang.”
-“Get pain in class but don't pain outside class.”
-

Pledge of Sendeng


Kami ahli-ahli PSSSM sesungguhnya berikrar dan bersetia yang kami dengan seberapa daya upaya kami akan (We, members of PSSSM promise and devoted with our ability to) :-

1) Mentaati perintah Allah SWT dan Rasulnya
- Loyal to Allah SWT and his prophet order
2) Akur kepada rukun Negara
-Consent to National Commandment
3) Mematuhi undang-undang PSSSM
- Obey to PSSSM rules

4) Menghormati yang tua dan menyayangi yang muda serta ketua dan pemimpin PSSSM
-Respect our senior and take care our beginners student even PSSSM leaders
5) Menghormati dan tidak mencaci silat dan seni beladiri lain

-

Wednesday, January 30, 2008

Haji Hassan Pendekar

Haji Hassan Pendekar adalah gelarannya atau nama sebenarnya haji Hassan Bin Haji Mahat
(dalam bulatan)

Haji Hassan Haji Mahat (Hj Hassan Pendekar)
Hj Hassan Hj Mahat merupakan ninda kepada almarhum Hj Hamid Hj Hamzah iaitu bapa kepada Hj Hamzah. Di beri gelaran ’Pendekar’ oleh Almarhum Sultan Ibrahim kerana kemashyuran dan ketokohannya dalam dunia persilatan. Ketika remaja Hj. Hassan Pendekar dan ayahnya berniaga ternakan ayam dan itik dari Kesang ke Singapura dan Kelang. Beliau berketurunan Bugis telah berpindah ke Sungai Mati, Muar dari Kesang setelah Sultan Ali menyerahkan Kesang kepada Almarhum Sultan Abu Bakar.

Hj Hassan Pendekar memiliki tubuh yang kecil mula mendalami ilmu persilatan dari ayahnya iaitu Hj Mahat pada usia remaja. Kemudian dia berguru pula dengan Hj Dollah Telok Mas yang terkenal dengan kehandalannya di Telok Mas, Melaka. Hj Dollah juga mashyur dengan gelaran ’Hj Dollah Polong’ kerana kepantasan pukulannya. Silat yang sering di pelopori oleh Hj Dollah ialah Kuntau Telok Mas. Pada zaman dahulu nama silat selalunya di ambil dari nama guru atau tempat asal guru yang membawanya. Di bawah bimbingan Hj Dollah, Hj Hassan turut mempelajari permainan senjata seperti keris, pedang, tumbuk lada, tekpi, pedang-perisai dan tembong.

Beliau kemudiannya telah mengajar ilmu persilatan ini di Sungai Mati, Muar. Sepanjang hayatnya, Hj Hassan Pendekar sering di uji dan menerima cabaran dari pendekar-pendekar melayu yang lain termasuk jga ahli kuntau Cina dan India. Lantai serambi rumahnya banyak di penuhi kesan darah kering pendekar kecundang mencubanya. Beliau juga pernah di cabar oleh penjual ubat berbangsa Cina yang juga seorang guru Kuntau yang tahan digilis oleh lori beberapa minggu sebelum meninggal. Malah, sebelum itu, pernah almarhum Hj Ismail dan almarhum Aziz Bai sengaja menguji dan menyerang Hj Hassan Pendekar dalam gelap tetapi serangan itu gagal menewaskan Hj Hassan dan mereka berdua ditewaskannya.

Sebelum meninggal dunia, Hj Hassan Pendekar telah mengijazahkan segala perkakas persilatannya termasuk gendang, senjata dan buku catatan yang mengandungi petua dan amalan kepada almarhum Hj Hamid dan Hj Ismail. Hj Hassan Pendekar telah meninggal dunia pada tahun 1958 dalam usia sekitar 120 tahun. Anak beliau iaitu Hj Hamzah juga seorang pendekar terlebih dahulu meninggal pada tahun 1942. Hj Hamzah tidak mengajar silat kerana menghormati ayahnya Hj Hassan sebagai guru.

Antara keistimewaan Hj Hasan Pendekar ialah bisa pukulan dan kepantasan kakinya. Sewaktu di cabar, Hj Hassan sering menggunakan 3 teknik untuk menumbangkan lawan-lawan iaitu buang dalam, buang luar dan petik. Beliau juga turut mahir dan mengajar titik sasaran lemah pada badan (vital point). Sebagai seorang yang terkenal dengan ilmu pendekar dan masak asam garam hidup, tabiat biasa beliau bila membuat pertunjukkan atau bertanding samada dalam atau di luar daerah ialah naik ke pentas memperkenalkan diri dan mempelawa sesiapa sahaja yang tidak puashati dan berhajat untuk mengujinya. Jika tiada yang berani, beliau menyuruh orang ramai mencuba cucu-ciciknya yang berusia 10-12 tahun.

Menurut almarhum Hj Ismail, perwatakan Hj Hassan Pendekar sebenarnya seorang periang dan ceria serta tidak pandai berbohong walaupun akalnya panjang. Menurutnya lagi ramai juga pencabar yang terkena tipu helahnya. Antara pesanan beliau untuk anak cucunya ialah:

  1. Raja jangan di lawan nanti kita di halaunya tetapi jangan di rapik (rapat) nanti kita di kuda.
  2. Masak-masakkan pecah empat.
  3. Tak semua kayu boleh di buat batang tanjak.

Tuesday, January 29, 2008

Long Mamat



Long Mamat memperkenalkan 'Pukulan Sendeng' setelah mempelajarinya dari bapa saudaranya di atas kapal...


Seorang Pendekar keturunan Bugis yang berasal dari Pontian, Johor. Beliaulah yang bertanggungjawab mengembangkan ilmu Pukulan Sendeng di Muar pada penghujung kurun ke-19 (1885-1910 an) Long Mamat pernah merantau ke Brunei dan Kalimantan dengan menggunakan nama atau gelaran yang berlainan pada tempat-tempat yang di singgahinya. Dari mana asal Pukulan Sendeng yang di bawanya tidaklah jelas tetapi terdapat versi cerita yang berbeza. Antara ceritanya adalah seperti berikut:

  1. Long Mamat mempelajari ilmu Pukulan Sendeng dari empat orang bapa saudaranya di atas kapal. Kisah ini telah disampaikan oleh cicit Long Mamat kepada almarhum Hj Ismail.
  2. Beliau mempelajari ilmu Pukulan Sendeng dari seorang bapa saudaranya di Parit Raja, Muar setelah ditewaskan sewaktu menguji bapa saudaranya itu. Pada ketika itu, Long Mamat telah tamat berguru dengan 39 orang guru silat. Kisah ini di ceritakan oleh seorang tua di Parit Bakar kepada almarhum Hj Ismail.

Pada awal abad ke-19 (1885-1910), Long Mamat telah dijemput oleh penghulu mukim Serom ketika itu ialah Penghulu Hj Abdullah (ninda kepada YB Dato’ Abd Ghani Osman – Menteri Besar Johor sekarang) untuk mengajar ilmu Pukulan Sendeng di Serom. Seramai 5 orang pendekar telah terpilih setelah diadakan satu pertandingan di Serom. Kelima-lima orang itu ialah Taman Dagang, Pak Unggal Khalil (adik Taman Dagang), Hj Mohd Arif Shamsu, Pak Habib dan Naib Nalang.

Selain di Serom, Long Mamat juga mempunyai ramai murid terutama di kawasan Parit Bakar hingga ke Parit Raja, Muar. Salah seorang anak murid beliau yang dapat di kesan ialah Haji Baba bin Makruf (1901-1984). Anak cucu beliau di Pontian, Johor pula mengembangkan silat Kuntau Sendeng yang di terajui oleh cucunya iaitu Penghulu Zakaria Kasim.

Haji Taman Dagang


Terkenal dengan kebal dan gagah. Semasa hayat telah berguru dengan ramai guru silat terutama Long Mamat, Cikgu Kumudin dan Pendekar Putih. Sebelum berguru dengan ketiga-tiga orang guru ini beliau telah pun terkenal dengan kehandalannya. Bapa beliau Tok Dagang ialah seorang pemburu gajah dan terkenal dengan kebal dan gagah. Beliau pernah di uji oleh bapanya dengan direjam dengan lembing ketika sedang tidur di serambi rumah setelah pulang dari merantau. Lembing itu dapat di tangkap dengan jari kaki sahaja.

Sewaktu berguru dengan Long Mamat, beliau amat dikasihi oleh gurunya dan selalu berlatih secara rahsia pada sebelah malam apabila kawan-kawannya sedang tidur. Taman Dagang selalu berpasangan dengan Hj Hamzah dalam permainan pedang kerana kedua-duanya di katakan tidak lut dengan senjata. Selepas berguru dengan Long Mamat, Taman Dagang berguru pula dengan Cikgu Kumudin yang berasal dari Alai, Melaka. Cikgu Kumudin telah di jemput penghulu Hj Abdullah untuk mengajar di Serom. Sebelum mengajar Cikgu Kumudin telah di uji oleh Pak Unggal Khalil.

Guru terakhir Taman Dagang ialah Pendekar Putih yang berasal dari Acheh. Pendekar Putih menjadi buruan Raja Acheh dan melarikan diri ke Serom. Di Serom, Pendekar Putih memohon perlindungan daripada penghulu Hj Abdullah dan tinggal rumah Taman Dagang. Beliau menurunkan ilmu pukulan dan lapis sendeng pada Taman Dagang. Walaupun pukulan yang di ajarnya sama dengan Long Mamat tidak pula di ketahui kaitan di antara Pendekar Putih yang akhirnya mashyur di Jambi. Almarhum Hj Ismail pernah bertemu dengan anak murid Pendekar Putih iaitu Hj Yusof Wilem di Festival Silat Nusantara di Johor Bharu sekitar tahun 1990 an.

Dari Taman Dagang, almarhum Hj Hamid mempelajari pukul dan lapis sendeng sewaktu berusia 15 tahun. Taman Dagang sangat tegas dalam menurunkan ilmu. Setiap satu belebat yang di pelajari mengambil masa 6 bulan. Waktu itu Taman Dagang mengajar Hj Hamid bersendirian. Antara keistimewaan Hj Taman Dagang selain kebal dan gagah ialah menewaskan lawannya yang menyerangnya dari belakang dan di dalam gelap di samping memiliki tendangan yang pantas.

Haji Mohd Arif Samsu


gambar hiasan sahaja tiada kena mengena dengan cerita di sini...

Terkenal dengan pukulan sendeng 7 harinya. Beliau telah berguru dengan Long Mamat dan kemudian menghalusi permainan sendeng dari Taman Dagang setelah tewas mencabarnya. Beliau pernah merantau sehingga ke Pattani dan Pulau Pinang untuk mencuba pukulan sendeng 7 harinya. Di katakan ketika beliau sedang mengajar di Pulau Pinang pada tahun 1939, Hj Hassan Pendekar telah ikut serta dalam rombongan tersebut. Sebelum itu, Hj Mohd Arif Samsu pernah mencuba Hj Hassan Pendekar.

Walaupun pukulan tangan Hj Mohd Arif gagal di saingi tetapi kepantasan Hj Hassan Pendekar gagal di tangani Hj Mohd Arif. Beliau mengajar sendeng 7 harinya pada almarhum Hj Hamid bersama beberapa orang dewasa seperti Pak Ngah Hassan dan lai-lain lagi. Ketika itu almarhum Hj Hamid baru berusia 12 tahun. Almarhum Hj Hamid pernah di uji dengan di panggil naik ke rumah dan di serang dari belakang pintu tetapi serangan itu berjaya di elaknya. Hj Arif mengiktiraf Hj Hamid boleh menjadi guru. Hj Mohd Arif Samsu telah meninggal pada penghujung 1940 an.

Haji Salleh Abd Karim


Haji Salleh Abdul Karim atau lebih dikenali Kiyai Salleh atau Panglima Salleh (dalam bulatan) pernah menggempur kubu komunis sekitar tahun 1945 di Bukit Simpor...

Lebih di kenali sebagai Kiai Salleh atau Panglima Salleh, Batu Pahat. Beliau mengetuai orang-orang Melayu menangani Bintang Tiga di Batu Pahat, Johor. Panglima Salleh telah dilahirkan pada tahun 1916 di Jorak, Muar. Sepanjang hayatnya, beliau banyak berguru dengan guru agama dan persilatan. Antara guru beliau yang di ketahui ialah Kiai Mustahir, Pagoh dan Kiai Arshad al Banjari. Dari kedua-dua guru ini, beliau telah menuntut ilmu agama dan amalan perang yang berasaskan amalan ayat empat. Beliau mula memimpin orang melayu Batu Pahat pada usia 29 tahun iaitu sekitar 1945. serangan pertama ke atas kubu komunis di Bukit Simpor di buat selepas suboh pada 19 April 1945 yang d sertai oleh 38 orang penduduk kampung. Itulah kali pertama penduduk kampung menyaksikan kehebatan Panglima Salleh dala pertempuran. Panglima Salleh telah menerima almarhum Hj Hamid sebagai murid setelah di suruhnya mengerjakan kebunnya selama 6 bulan. Selepas berakhir 6 bulan barulah Panglima Salleh bertanyakan namanya dan di panggil untuk di perturunkan ilmu-ilmu keagamaan dan dalaman. Hj Hamid telah beguru dan tinggal bersama Panglima Salleh selama tiga tahun iaitu dari tahun 1946 sehingga 1949. Waktu itu almarhum Hj Hamid berusia 19 tahun.

Pada tahun 1949 Hj Hamid dan Panglima Salleh telah mengetuai dua pasukan penduduk kampung untuk memburu Mat Indera. Panglima Salleh di ketahui amat benci amalan-amalan khurafat dan karut seperti bertapa di gunung-ganang dan sebagainya. Sebelum di khatamkan, Hj Hamid telah di uji kefahaman ilmu Tauhid oleh gurunya dan di suruh beramal di dalam sebuah gua di Parit Sulong untuk mendapat ilmu dari harimau jadian. Hj Hamid faham dengan tujuan gurunya lalu menolak permintaan itu dengan cara yang baik dan menyatakan lebih baik dia beramal di masjid. Panglima Salleh yang gembira jawapan tersebut menyatakan Hj Hamid layak dikhatamkan. Menurut almarhum Hj Ismail, Hj Hamid dikhatamkan dalam kelambu oleh Panglima Salleh untuk mengelak dari di lihat oleh anak muridnya yang lain. Panglima Salleh meninggal dunia pada 21 April 1959 di hospital besar Johor Bharu kerana penyakit bengkak paru-paru. Dari almarhum Hj Hamid, amalan ayat empat ini telah di kembangkan kepada ahli-ahli PSSSM. Kesemua tokoh-tokoh yang telah di sebutkan di atas adalah susur galur guru-guru yang menurunkan ilmu kepada almarhum Hj Hamid. Guru-guru yang lain di ketahui mengajar almarhum Hj Hamid ialah Kiai Mustahir dan Panglima Lias dari Pagoh, Haji Mohd Lip Bedu (ilmu Tauhid), Hj Abdul Ghani, Dato’ Mohd Bakar (Kadi Besar, Johor), Ustaz Sulaiman Sujak dan Ustaz Ahmad Tunggal.