Perhatian :
Kami mengalu-alukan kepada semua ahli Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia tidak kira di mana anda berada, sekiranya terdapat aktiviti yang ingin dijalankan, gelanggang latihan atau apa-apa yang berkaitan, anda boleh menyalurkan sendiri info tersebut di dalam web blog ini selain memantapkan informasi PSSSM, sumbangan anda amat kami alu-alukan.
-
RUANGAN INFO AKTIVITI SENDENG MALAYSIA
Buat anda, ahli sendeng atau followers yang ingin menyumbangkan cerita atau artikel tentang tokoh, sejarah atau aktiviti gelanggang silat sendeng anda adalah amat dialu-alukan. Sila hantar artikel anda melalui e.mel,
silatsendengmalaysia@gmail.com
TOKOH-TOKOH PERTUBUHAN SENI SILAT SENDENG MALAYSIA
-
MUKADIMAH
Tujuan artikel ini adalah untuk memberi informasi secara ringkas, peribadi dan susur galur ilmu persilatan serta tokoh-tokoh yang terdahulu sehingga ke almarhum Hj Hamid Hj Hamzah. Artikel ini merupakan hasil maklumat yang diperolehi dari perbualan lisan allahyarham Hj Ismail Hj Hamzah dari tahun 1997-2002.
-
Haji Hassan Haji Mahat (Hj Hassan Pendekar)
|
Allahyarham Haji Hassan Pendekar dalam bulatan, sebelah kirinya adalah allahyarham Haji Hamid ketika kecil pada tahun 1938... |
Hj Hassan Hj Mahat merupakan ninda kepada almarhum Hj Hamid Hj Hamzah iaitu bapa kepada Hj Hamzah. Di beri gelaran ’Pendekar’ oleh Almarhum Sultan Ibrahim kerana kemashyuran dan ketokohannya dalam dunia persilatan. Ketika remaja Hj. Hassan Pendekar dan ayahnya berniaga ternakan ayam dan itik dari Kesang ke Singapura dan Kelang. Beliau berketurunan Bugis telah berpindah ke Sungai Mati, Muar dari Kesang setelah Sultan Ali menyerahkan Kesang kepada Almarhum Sultan Abu Bakar.
-
MAJULAH SENDENG,
HIDUP SENDENG MALAYSIA!!!
--