Sunday, November 11, 2012

News

Perhatian :

Kami mengalu-alukan kepada semua ahli Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia tidak kira di mana anda berada, sekiranya terdapat aktiviti yang ingin dijalankan, gelanggang latihan atau apa-apa yang berkaitan, anda boleh menyalurkan sendiri info tersebut di dalam web blog ini selain memantapkan informasi PSSSM, sumbangan anda amat kami alu-alukan. 
-
RUANGAN INFO AKTIVITI SENDENG MALAYSIA

Buat anda, ahli sendeng atau followers yang ingin menyumbangkan cerita atau artikel tentang tokoh, sejarah atau aktiviti gelanggang silat sendeng anda adalah amat dialu-alukan. Sila hantar artikel anda melalui e.mel, silatsendengmalaysia@gmail.com


TOKOH-TOKOH PERTUBUHAN SENI SILAT SENDENG MALAYSIA
-
MUKADIMAH
Tujuan artikel ini adalah untuk memberi informasi secara ringkas, peribadi dan susur galur ilmu persilatan serta tokoh-tokoh yang terdahulu sehingga ke almarhum Hj Hamid Hj Hamzah. Artikel ini merupakan hasil maklumat yang diperolehi dari perbualan lisan allahyarham Hj Ismail Hj Hamzah dari tahun 1997-2002.
-
Haji Hassan Haji Mahat (Hj Hassan Pendekar)
Allahyarham Haji Hassan Pendekar dalam bulatan, sebelah kirinya adalah allahyarham Haji Hamid ketika kecil pada tahun 1938...

Hj Hassan Hj Mahat merupakan ninda kepada almarhum Hj Hamid Hj Hamzah iaitu bapa kepada Hj Hamzah. Di beri gelaran ’Pendekar’ oleh Almarhum Sultan Ibrahim kerana kemashyuran dan ketokohannya dalam dunia persilatan. Ketika remaja Hj. Hassan Pendekar dan ayahnya berniaga ternakan ayam dan itik dari Kesang ke Singapura dan Kelang. Beliau berketurunan Bugis telah berpindah ke Sungai Mati, Muar dari Kesang setelah Sultan Ali menyerahkan Kesang kepada Almarhum Sultan Abu Bakar.

Untuk Selanjutnya, Sila Klik di sini>>>

Artikel berikutnya telah terbit, sila klik nama di bawah :-

HAJI HASSAN PENDEKAR / LONG MAMAT / HAJI TAMAN DAGANG / HAJI MOHD ARIFF SAMSU / KIAI SALLEH

Insya-allah dan semoga cerita ini boleh di kongsi bersama-sama rakan seperjuangan dan sebarang pertanyaan atau ingin menyumbangkan artikel di ruangan ini amat-amatlah kami alu-alukan demi PSSSM.
-
MAJULAH SENDENG,
HIDUP SENDENG MALAYSIA!!!
 --

2 comments:

abdol_hafiez said...

asalamualaikum....
sy anak sendeng dari kuala lumpur..
sudah lama tinggalkan sendeng..
sekarang ingin mencari kelas-kelas da tempat untuk menuntut ilmu sendeng yang sudah lama ditinggalkan..
jikalau tidak keberatan sila nyatakan tempat untuk belajar..

hannan ishak said...

Assalamualaikum, saya pelajar dari UiTM Shah Alam dalam jurusan seni lukis & seni raka, Untuk projek major, sy ingin mengkaji tentang silat sendeng. Tujuan kajian ini adalah untuk mempromosi & menghebahkan seni silat trdisional ini kepada masyarakat luar agar seni silat ini lebih dikenali secara tidak langsung menarik minat mereka untuk mempelajari silat ini. Saya ingin memohon bantuan kepada siapa-siapa yg sudi untuk bekerjasama dengan saya. Kini saya berada di Shah Alam, dan saya tidak tahu ke mana ingin saya pergi untuk menjalankan kajian. Saya sangat mengharapkan bantuan daripada sesiapa sahaja dalam menyelesaikan projek mojor saya ini. Bantuan anda amat saya hargai.

sekian, terima kasih..