Showing posts with label Muka Utama. Show all posts
Showing posts with label Muka Utama. Show all posts

Monday, November 3, 2025

Dahulu Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia di kenali sebagai Seni Silat Sendeng Muar

Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia, atau dahulu dikenali sebagai Seni Silat Sendeng Muar, telah diasaskan oleh Almarhum Guru Utama Haji Hamid Bin Haji Hamzah di Sungai Mati, Muar, Johor. Beliau mewarisi ilmu persilatan daripada nenda-nenda serta guru-guru yang terkenal dengan ilmu kependekaran dan kerohanian sejak awal abad ke-20. Gabungan tiga aliran utama iatu Kuntau Telok Mas, Pukulan Sendeng, dan Pukulan Tujuh Hari menjadikan seni ini unik dan tinggi nilainya.

SUMBER : PAGE PSSSM2014

Tuesday, October 28, 2025

MENJEJAKI PENDEKAR LONG MAMAT : Bahagian 2

19 Oktober 2025

Kampung Parit Ibrahim, Pontian, Johor
Susulan daripada ziarah pertama ke pusara Pendekar Long Mamat, rombongan Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia (2014) sekali lagi berkunjung ke kediaman waris keluarga bagi menyambung silaturrahim dan memperkukuh jalinan warisan.
Delegasi kali ini diketuai oleh Dr. Jamaluddin bin A. Jalal (Guru Amanah & Guru Kejurulatihan dan Adat Istiadat), disertai oleh Saudara Zohri Daud (Timbalan Presiden), Saudara Mohd Naqiuddin (Setiausaha Agung), Saudara Azli Shah, Saudara Asmawi Ismail, Saudara Nazrullizam, Saudara Naim, dan Saudara Ariff.

“Alhamdulillah, pusara Long Mamat telah diubah suai dan kini sudah dipasang kepuk. Cantiklah sikit,” ujar Tuan Haji Zaini sambil tersenyum penuh syukur.
Dalam kunjungan ini, pihak pertubuhan telah menyampaikan cenderahati dan surat penghargaan kepada keluarga waris sebagai tanda hormat kepada keturunan pendekar yang menjadi asal-usul perguruan Sendeng.
Lebih bermakna, kedua-dua pihak bersetuju untuk merangka sebuah majlis khas memperingati jasa dan perjuangan Pendekar Long Mamat, tokoh yang bukan sahaja terkenal di Tanah Melayu, bahkan di Kalimantan dan Sulawesi, Indonesia.
Langkah ini menandakan permulaan baharu dalam usaha mengangkat kembali nama Long Mamat sebagai lambang keaslian dan keagungan ilmu Silat Sendeng di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Ilmu tidak akan hilang selagi masih ada murid yang setia menjaga adab, dan masih ada guru yang ikhlas menyambung amanah.”
Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia (2014) berikrar untuk terus menjejaki dan mendokumentasikan sejarah asal perguruan agar generasi pelapis memahami dari mana datangnya ilmu yang mereka warisi...
SUMBER : PAGE PSSSM2014

Tuesday, October 21, 2025

MENJEJAKI PENDEKAR LONG MAMAT : Bahagian 1

27 September 2025

Kampung Parit Ibrahim, Pontian, Johor
“Sebelum ini belum ada sesiapa yang datang untuk mengetahui mengenai waris dan pusara Long Mamat,” ujar Tuan Haji Zaini Saat, Ketua Kampung Parit Ibrahim, suami kepada cucu Pendekar Long Mamat, Hajah Awa binti Mohd Yassin.
Dengan penuh rasa takzim, wakil Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia (2014) telah menziarahi pusara Pendekar Long Mamat, atau nama asalnya Muhamad bin Lena, tokoh yang menjadi tunjang kepada warisan ilmu dan falsafah perguruan Sendeng di bumi Melayu.

Delegasi pertubuhan diketuai oleh Dr. Jamaluddin bin A. Jalal (Guru Amanah & Guru Kejurulatihan serta Adat Istiadat), Dr. Zainal bin Dapit (Ahli Majlis Perguruan), serta pesilat muda Saudara Mohd Hazim dan Saudara Hakimi.
Dalam lawatan tersebut, pihak pertubuhan telah diberi penerangan tentang asal-usul keturunan Long Mamat oleh keluarga warisnya. Menurut Tuan Haji Zaini dan Hajah Awa, mereka menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada PSSSM 2014 kerana sudi mengambil berat tentang nasab dan pusaka perjuangan datuk mereka.

Mereka turut menyatakan hasrat untuk menaik taraf pusara Pendekar Long Mamat dengan pemasangan kepuk baharu, agar mudah dikenal dan diziarahi oleh generasi pelapis yang ingin menelusuri jejak warisan ini.
“Sesungguhnya, menziarahi pusara pendekar bukan sekadar menatap batu nisan, tetapi meneguhkan janji untuk menyambung perjuangan.”

Bahagian 2 bakal membawa kita menelusuri langkah seterusnya dalam misi mengangkat kembali nama Pendekar Long Mamat ke persada persilatan tanah air dan nusantara.
SUMBER : page fb PSSSM2014

Saturday, October 4, 2025

“Kalau ada pesilat pukulan Sendeng ini bertarung dalam MMA dan juara, baru lah boleh mendunia.”


Baru-baru ini ada pandangan menarik dikongsikan di ruang komen, katanya lebih kurang camni..
“Kalau ada pesilat pukulan Sendeng ini bertarung dalam MMA dan juara, baru lah boleh mendunia.”
Kami hargai pandangan tersebut, kerana ia menunjukkan minat masyarakat untuk melihat seni bela diri bangsa ini terus maju. Namun, izinkan kami jelaskan dengan penuh hormat ..
Silat Sendeng tidak dilahirkan untuk mengejar tali pinggang kejuaraan MMA, tetapi untuk membentuk manusia berjiwa bangsa..
Penting untuk kita kenal sejarah kita..supaya kenal jiwa dan jati diri kita , pesilat bukan bertarung untuk piala atau sorakan penonton.
Orang2 lama dulu... pejuang2 yang syahid.. mereka berjuang mempertahankan maruah, keluarga, tanah air, dan agama. Kalau tak dipertahankan.. mungkin hari ni melayu bukan Melayu yang beragama Islam..
Orang-orang lama yang menurunkan ilmu Sendeng bukan sekadar pendekar gelanggang. Mereka adalah pejuang yang berdiri di barisan hadapan mempertahankan maruah, keluarga, tanah air dan agama.
Dalam catatan lisan dan kisah tua, ramai di antara mereka gugur sebagai syuhada di medan pertempuran .. ada yang menentang penjajah, ada yang menentang penceroboh, dan ada yang gugur kerana mempertahankan kampung halaman dari pengkhianatan bangsanya sendiri... Tu fakta..
Silat bukan dilahirkan dari gelanggang sukan macam MMA, tetapi dari gelanggang perjuangan.
Ketika bangsa lain datang membawa senjata dan kuasa, para pendekar kita berjuang dengan tekad dan doa, bukan untuk nama, tetapi untuk survival umat...
Jika ketika itu mereka hanya duduk diam, jika tiada yang bangun menghunus parang dan menegakkan maruah, barangkali hari ini nama “Melayu Islam” hanya tinggal dalam buku sejarah...la citer dia..
Ilmu Sendeng yang kita pelajari hari ini ialah warisan darah perjuangan itu .. warisan orang-orang yang tidak tunduk kepada kekuasaan, yang menjadikan silat bukan sekadar gerak tubuh, tetapi gerak jiwa.
Mereka berjuang bukan kerana mahu menang sorak, tetapi kerana takut melihat bangsa hilang arah...tengok apa jadi kat Philippines..
Dan kini, tugas kita bukan lagi menumpahkan darah di medan, tetapi menumpahkan peluh untuk menegakkan semula adab dan maruah silat dalam dunia yang semakin lupa asal usulnya.
Di gelanggang lama, pertarungan itu bukan soal menang atau kalah, tetapi antara hidup dan mati...itu dia..
Itulah nilai silat sebenar ..ilmu mempertahankan diri yang berpaksikan adab dan kehormatan...
Jika ada anak muda Sendeng yang mahu membawa ilmunya ke MMA, itu bonus dan kita sokong.
Tetapi nilai silat tidak pernah diukur dengan pingat atau tali pinggang, sebaliknya diukur dengan ilmu, keberanian, dan akhlak dan adab yang dibawa keluar dari gelanggang.
Silat adalah warisan bangsa Melayu, dan nilai sejatinya bukan untuk menunjuk siapa paling kuat, tetapi untuk mendidik siapa paling beradab...
Kerana dalam sisi sendengnya langkah dan pukulannya, tersembunyi falsafah “apabila datang yang Haq..yang batil akan pergi "..
untuk semua pendekar tanah sejawi dan para syuhada yang gugur mempertahankan Islam...

Al-Fatihah... 

SUMBER : PAGE PSSSM2014 https://www.facebook.com/psssm2014

Friday, September 26, 2025

Status Logo Rasmi Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah, dengan izin Allah Ta‘ala, kami ingin memaklumkan kepada semua ahli, sahabat serta masyarakat umum bahawa Logo Rasmi Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia telah berdaftar di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sejak tahun 2015.
Pada tahun ini, logo rasmi tersebut telah diperbaharui pendaftarannya secara sah di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dan kini dilindungi sepenuhnya sehingga tarikh 09 Julai 2035.


Apakah Maksudnya?
1. Logo rasmi ini adalah hak eksklusif Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia (2014).
2. Sebarang bentuk penggunaan, tiruan, pengubahsuaian atau variasi warna tanpa kebenaran pertubuhan adalah dilarang sama sekali di sisi undang-undang.
3. PSSSM berhak mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat mana-mana pihak cuba menyalahgunakan atau memperdagangkan logo ini tanpa izin rasmi.


Pesanan Kepada Ahli & Masyarakat
Logo ini bukan saja simbol, tetapi lambang maruah, warisan, dan identiti PSSSM. Ia mencerminkan perjuangan para guru, pewaris, serta ahli-ahli yang telah bersama-sama membangunkan dan mempertahankan seni pusaka Sendeng hingga ke hari ini.
Kami menyeru agar semua ahli menggunakan logo rasmi yang sah ini sahaja pada sebarang urusan rasmi, pakaian, bahan promosi, gelanggang, dan dokumen pertubuhan.
Mudah-mudahan dengan langkah ini, Seni Silat Sendeng Malaysia terus terpelihara, dihormati, dan dipandang tinggi bukan sahaja di tanah air, malah di persada dunia.
Sekian, untuk makluman bersama.
SUMBER : Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia (2014)

Sunday, November 11, 2012

Introduction


Selamat Datang Ke webBlog Dunia Beladiri PERTUBUHAN SENI SILAT SENDENG MALAYSIA. Terima kasih kerana melayari laman ini dan Blog ini menyediakan infomasi untuk anda mengenai SENI SILAT SENDENG untuk rujukan dan makluman umum amnya.
-
Hubungi Kami / Contact Us
Sebarang Pertanyaan, informasi dan untuk persembahan, sila hubungi : 
013-3484934 (admin)

News

Perhatian :

Kami mengalu-alukan kepada semua ahli Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia tidak kira di mana anda berada, sekiranya terdapat aktiviti yang ingin dijalankan, gelanggang latihan atau apa-apa yang berkaitan, anda boleh menyalurkan sendiri info tersebut di dalam web blog ini selain memantapkan informasi PSSSM, sumbangan anda amat kami alu-alukan. 
-
RUANGAN INFO AKTIVITI SENDENG MALAYSIA

Buat anda, ahli sendeng atau followers yang ingin menyumbangkan cerita atau artikel tentang tokoh, sejarah atau aktiviti gelanggang silat sendeng anda adalah amat dialu-alukan. Sila hantar artikel anda melalui e.mel, silatsendengmalaysia@gmail.com


TOKOH-TOKOH PERTUBUHAN SENI SILAT SENDENG MALAYSIA
-
MUKADIMAH
Tujuan artikel ini adalah untuk memberi informasi secara ringkas, peribadi dan susur galur ilmu persilatan serta tokoh-tokoh yang terdahulu sehingga ke almarhum Hj Hamid Hj Hamzah. Artikel ini merupakan hasil maklumat yang diperolehi dari perbualan lisan allahyarham Hj Ismail Hj Hamzah dari tahun 1997-2002.
-
Haji Hassan Haji Mahat (Hj Hassan Pendekar)


Allahyarham Haji Hassan Pendekar dalam bulatan, sebelah kirinya adalah allahyarham Haji Hamid ketika kecil pada tahun 1938...

Hj Hassan Hj Mahat merupakan ninda kepada almarhum Hj Hamid Hj Hamzah iaitu bapa kepada Hj Hamzah. Di beri gelaran ’Pendekar’ oleh Almarhum Sultan Ibrahim kerana kemashyuran dan ketokohannya dalam dunia persilatan. Ketika remaja Hj. Hassan Pendekar dan ayahnya berniaga ternakan ayam dan itik dari Kesang ke Singapura dan Kelang. Beliau berketurunan Bugis telah berpindah ke Sungai Mati, Muar dari Kesang setelah Sultan Ali menyerahkan Kesang kepada Almarhum Sultan Abu Bakar.

Untuk Selanjutnya, Sila Klik di sini>>>

Artikel berikutnya telah terbit, sila klik nama di bawah :-

HAJI HASSAN PENDEKAR / LONG MAMAT / HAJI TAMAN DAGANG / HAJI MOHD ARIFF SAMSU / KIAI SALLEH

Insya-allah dan semoga cerita ini boleh di kongsi bersama-sama rakan seperjuangan dan sebarang pertanyaan atau ingin menyumbangkan artikel di ruangan ini amat-amatlah kami alu-alukan demi PSSSM.
-
MAJULAH SENDENG,
HIDUP SENDENG MALAYSIA!!!
 --