“Kalau ada pesilat pukulan Sendeng ini bertarung dalam MMA dan juara, baru lah boleh mendunia.”
Kami hargai pandangan tersebut, kerana ia menunjukkan minat masyarakat untuk melihat seni bela diri bangsa ini terus maju. Namun, izinkan kami jelaskan dengan penuh hormat ..
Silat Sendeng tidak dilahirkan untuk mengejar tali pinggang kejuaraan MMA, tetapi untuk membentuk manusia berjiwa bangsa..
Penting untuk kita kenal sejarah kita..supaya kenal jiwa dan jati diri kita , pesilat bukan bertarung untuk piala atau sorakan penonton.
Orang2 lama dulu... pejuang2 yang syahid.. mereka berjuang mempertahankan maruah, keluarga, tanah air, dan agama. Kalau tak dipertahankan.. mungkin hari ni melayu bukan Melayu yang beragama Islam..
Orang-orang lama yang menurunkan ilmu Sendeng bukan sekadar pendekar gelanggang. Mereka adalah pejuang yang berdiri di barisan hadapan mempertahankan maruah, keluarga, tanah air dan agama.
Dalam catatan lisan dan kisah tua, ramai di antara mereka gugur sebagai syuhada di medan pertempuran .. ada yang menentang penjajah, ada yang menentang penceroboh, dan ada yang gugur kerana mempertahankan kampung halaman dari pengkhianatan bangsanya sendiri... Tu fakta..
Silat bukan dilahirkan dari gelanggang sukan macam MMA, tetapi dari gelanggang perjuangan.
Ketika bangsa lain datang membawa senjata dan kuasa, para pendekar kita berjuang dengan tekad dan doa, bukan untuk nama, tetapi untuk survival umat...
Jika ketika itu mereka hanya duduk diam, jika tiada yang bangun menghunus parang dan menegakkan maruah, barangkali hari ini nama “Melayu Islam” hanya tinggal dalam buku sejarah...la citer dia..
Ilmu Sendeng yang kita pelajari hari ini ialah warisan darah perjuangan itu .. warisan orang-orang yang tidak tunduk kepada kekuasaan, yang menjadikan silat bukan sekadar gerak tubuh, tetapi gerak jiwa.
Mereka berjuang bukan kerana mahu menang sorak, tetapi kerana takut melihat bangsa hilang arah...tengok apa jadi kat Philippines..
Dan kini, tugas kita bukan lagi menumpahkan darah di medan, tetapi menumpahkan peluh untuk menegakkan semula adab dan maruah silat dalam dunia yang semakin lupa asal usulnya.
Di gelanggang lama, pertarungan itu bukan soal menang atau kalah, tetapi antara hidup dan mati...itu dia..
Itulah nilai silat sebenar ..ilmu mempertahankan diri yang berpaksikan adab dan kehormatan...
Jika ada anak muda Sendeng yang mahu membawa ilmunya ke MMA, itu bonus dan kita sokong.
Tetapi nilai silat tidak pernah diukur dengan pingat atau tali pinggang, sebaliknya diukur dengan ilmu, keberanian, dan akhlak dan adab yang dibawa keluar dari gelanggang.
Silat adalah warisan bangsa Melayu, dan nilai sejatinya bukan untuk menunjuk siapa paling kuat, tetapi untuk mendidik siapa paling beradab...
Kerana dalam sisi sendengnya langkah dan pukulannya, tersembunyi falsafah “apabila datang yang Haq..yang batil akan pergi "..
untuk semua pendekar tanah sejawi dan para syuhada yang gugur mempertahankan Islam...
Al-Fatihah...
SUMBER : PAGE PSSSM2014 https://www.facebook.com/psssm2014
No comments:
Post a Comment