Friday, September 26, 2025

Status Logo Rasmi Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah, dengan izin Allah Ta‘ala, kami ingin memaklumkan kepada semua ahli, sahabat serta masyarakat umum bahawa Logo Rasmi Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia telah berdaftar di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sejak tahun 2015.
Pada tahun ini, logo rasmi tersebut telah diperbaharui pendaftarannya secara sah di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dan kini dilindungi sepenuhnya sehingga tarikh 09 Julai 2035.


Apakah Maksudnya?
1. Logo rasmi ini adalah hak eksklusif Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia (2014).
2. Sebarang bentuk penggunaan, tiruan, pengubahsuaian atau variasi warna tanpa kebenaran pertubuhan adalah dilarang sama sekali di sisi undang-undang.
3. PSSSM berhak mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat mana-mana pihak cuba menyalahgunakan atau memperdagangkan logo ini tanpa izin rasmi.


Pesanan Kepada Ahli & Masyarakat
Logo ini bukan saja simbol, tetapi lambang maruah, warisan, dan identiti PSSSM. Ia mencerminkan perjuangan para guru, pewaris, serta ahli-ahli yang telah bersama-sama membangunkan dan mempertahankan seni pusaka Sendeng hingga ke hari ini.
Kami menyeru agar semua ahli menggunakan logo rasmi yang sah ini sahaja pada sebarang urusan rasmi, pakaian, bahan promosi, gelanggang, dan dokumen pertubuhan.
Mudah-mudahan dengan langkah ini, Seni Silat Sendeng Malaysia terus terpelihara, dihormati, dan dipandang tinggi bukan sahaja di tanah air, malah di persada dunia.
Sekian, untuk makluman bersama.
SUMBER : Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia (2014)

No comments: